Wednesday, February 29, 2012

Dr Seri Rais Yatim tak patut batalkan konsert Erykah

Diorang tunggu saja apa keputusan yang akan dibuat oleh  Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kalau tak batal mampos kena bantai , batal pun kena bantai juga. ha ha ha  susah  nak hidup sekarang ni, apabila ada orang yang  bercita cita mahu berkuasa sampai halalkan apa juga cara , Mereka ini tak takut dah neraka.

 

Padahal manusia diciptakam oleh Allah dengan akal and pikiran dengan tujuan menjadi pemimpin atas kaumnya di bumi ini. tentunya dengan akhlak yang baik and bukan menurut hawa nafsu saja. Datuk Seri betul dah tuh ....peduli apa ngan mereka juak juak pembangkang ni. Mereka ni halalkan yang kita haramkan walaupun haram dan haramkan yang kita halalkan walaupun halal.  Kuasa dan tanggungjawab di tangan Dato' Seri........  Mapos pie lah kat diorang ni.

Keputusan batal konsert Erykah disokong Kabinet: Rais

29/02/2012 5:02pm

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Tindakan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu, yang sepatutnya berlangsungnya malam ini, mendapat sokongan Jemaah Menteri.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini berhubung pembatalan konsert daripada segi keselamatan dan kepentingan untuk menghormati agama, bangsa dan budaya sosial yang wujud di Malaysia.

"Sekiranya konsert ini diadakan juga, menurut Polis Diraja Malaysia, berkemungkinan berlaku pelbagai perkembangan yang boleh mencetuskan keghairahan sosial, dan perkelahian mungkin berlaku disebabkan hal-hal yang berhubung dengan agama seperti di tempat lain di dunia yang mencetuskan keghairahan di luar dugaan atau tidak dapat dikawal.

"Alasan yang teguh dari segi maruah agama, bangsa dan maruah kerajaan sendiri terpaksa diambil kira selain daripada perkara yang berkaitan dengan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts